Saturday, October 20, 2012

Hana Kimi

before this i will write in English but this post i will write in Malay.. let's start...

kalau sebelum ini saya ada tulis pasal japan shoju manga hana kimi...kita mula dengan watak utama.. 

ashiya mizuki...
dalam komik bagi saya dia seorang yang cepat gelabah dan sangat-sangat la lurus orangnya. 
tidak pernah peduli dengan apa yang orang sekelilingnya katakan asalkan dia capai impiannya untuk ke japan bersama dengan sano izumi. dalam life action saya suka setiap pelakon yang pegang watak ini, setiap pelakon ada kelebihan tersendiri contohnya maki horikita. dia orang yang mula-mula mengolah watak ini, dia cute sangat bila dia pegang watak ini. setiap jalan cerita tak jauh beza antara 3 version dalam 4 drama.. saya paling suka maki kemudian ella kemudian sulli, last sekali atsuko maeda.

sano izumi
sano izumi seorang yang sangat cool dalam life action antara 4 orang sano izumi ini semua best tapi yang paling cool + ego yang sangat tinggi ialah oguri tapi untuk version korea saya suka watak cool tapi caring minho walaupun pada mulanya agak ragu untuk dia pegang watak ini tapi dia berjaya untuk buat saya tertunggu apa lagi yang dia akan buat untuk rahsia besar itu. untuk watak ini saya tidak boleh buat rating kerana saya suka semua seperti watak ashiya juga.

natkatsu shuichi
bagi saya dia seorang yang sangat periang dan sentiasa berfikiran positif. setiap pelakon dalam 4 drama life action ini persamaan mereka hanya pemain bola dan seorang yang periang. untuk watak ini yang paling saya serasi dan dekat dengan watak komik ialah toma ikuta sebab bila dia mula berangan ataupun bercakap sendiri buat orang tersenyum sendiri dan yang paling penting dia telah buat saya jatuh cinta dengan watak ini. lee hyun woo membawa watak ini dengan cara dia yang tersendiri membuatkan saya melihat watak dia sebagai seorang yang cute sangat. entah la.

tak kira siapa pun yang pegang untuk setiap watak mereka akan buat ikut cara mereka tersendiri dan ikut skrip tapi mereka tetap berjaya untuk menarik minat peminat mereka untuk menonton cerita ini dan mungkin cerita lain yang mereka lakonkan macam saya, saya ada la juga cari cerita lain selain cerita ini. i only can wish good luck for their carrier and their life.. and lastly, i will try my best to support them.. peace 

No comments:

Post a Comment